Thursday, 29 January 2015

entry pertama adalah seperti malam pertama. gelabah dan berdebo debo nak tahu sakit ke tidok.

amboi sangat tajuk.

hello hi eh org Islam kena bagi salam.

salam wahai pembaca blog seantero dunia. mana tahu ada tersesat baca blog Siti.

jadi inilah entry pertama Siti. dop tahu nak tuleh mende. di entry pertama ni kita sessi ice breaking dulu lah.

Siti adelah seorang perempuan. kalau Siti bukan perempuan takkanlah nama Siti ni Siti plak kan? mesti nama Taufik Batisha lolololol. nampak masa tertawa harus seperti omputeh baru in dan uptodate.

status Siti biarlah rahsia. kang Siti cakap anak dara ramai plak orang cuba nak mengorat. kalau cakap bini orang kang tak laku plak hahahahaha! so biarlah Siti sorang je yang tahu. korang tak yah sibuk-sibuk nak korek. korang baca je apa yang Siti tulis. itu yang penting.

dan Siti tak senang terhibur tau. kebas sikit. bila tengok orang yang mudah terhibur ni Siti alergic sikitlah. jadi kalau Siti hamburkan kata nista kat korang jangan marah plak ye hihi.

banyak sebenarnya benda Siti nak tulis ni. korang boleh anggap blog ni sebagai blog suara orang ramai laaa...rakyat marhaenis macam korang ler. jangan ingat ni blog arus perdana plak.

okey lah. Siti berundur dulu. nak maghrib ni. tingkap belum tutup. kang nyamuk masuk. bye bye.